Pasukan penyelamat kedua Malaysia yang dihantar bagi membantu kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turkiye di Gaziantep masih tidak dapat memasuki ground zero akibat masalah logistik.
Kekangan itu disebabkan barangan kelengkapan untuk operasi SAR dan keperluan peribadi anggota terlibat yang dibawa dari Kuala Lumpur tidak sampai sepenuhnya di Lapangan Terbang Gazientep walaupun pasukan misi telah tiba pada Khamis, 5.50 petang waktu tempatan.